Sunday, May 31, 2009

Majlis Makan Beradab Asrama 2009

SMK Tamparuli, Dewan Jubli Perak ,28 Mei 2009 - Buat julung kalinya, Asrama SMKT menganjurkan MAjlis Makan Beradab. Terdapat dua objektif penganjuran majlis pada kali ini iaitu
  1. Mendedahkan kepada para pelajar cara untuk menjamu selera dengan beradab dan tertib.
  2. Meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu melalui aktiviti yang dipertandingkan.

Berikut merupakan senarai AJK Majlis:

  • Penyelaras : Encik Roy Eduardo
    Encik Shamsul Sabli
    Cik Nurul Huda Yatau
    CIk Khadizah Amir Kasan
    Cik Patricia Agnes Yudin

    AJK:
    1. Sijil : Lizzie Soriman, Roslinda Mathiew
    2. Nyanyian : Frona Galimas, Yuhana Amat
    3. Syarahan : Emylia Apan, Joseka Dolimi
    4. Sajak : Siti Sarah Mohamad, Hamzah
    5. Esei : Alinah Gatuah, Sylvia Taiming
    6. Pantun : Alcy Yambun, Villon Soliun
    7. Karikatur : Bielly Clarke.
    8. PA System : Adoniran Omega Jerry, Malsius
    9. Juru Acara : Alinah Gatuah , Siti Sarah Mohamad, Adoniram Omega Jerry
    10. Keselamatan: Wester Bilog, Norsuadah Mohd Salim
    11. Jemputan : Wester Bilog, Norsuadah Mohd Salim
    12. Backdrop : Hartono Ensiew, Jubly Demie
    13. LCD : Joseka Dolimi
    14. Hadiah dan cendreamata : Stela Liman dan Alcy Yambun.
    15. Kamera : Joe Johnson, Angelina Yatam (stll Imej), Hartono Ensiew, Frona Galimas (Video)
    16. Cabutan Tiket Bertuah : Marcella Bagu, Rome Ayuk

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para tetamu yang hadir iaitu:

  1. Puan Hajah Naelah Binti Mustaffa, Pengetua.
  2. Dr Sarkauvi Maseri, Penolong Kanan Pentadbiran.
  3. Encik Julian Umpol, Penolong Kanan Kokurikulum.
  4. Encik Mohd Noh Solunda, Ketua Warden Asrama.
  5. Semua Warden
  6. Semua Penyelia Asrama
  7. Pihak Dapur Asrama
  8. Pihak Kantin Sekolah

Wednesday, May 27, 2009

PROGRAM TRAINING OF TRAINERS : LAPORAN AKTIVITI (2)


Modul II dan III
Modul 2 :Rumah Hijau
Semua pelajar atau peserta akan dilatih untuk menyediakan Rumah Hijau yang
bersumberkan 80% sumber asli. Rumah Hijau ini diperbuat menggunakan (80%) bahan
boleh reput iaitu kayu dan bambu. Peserta akan didedahkan tentang cara, corak,
keperluan dan kegunaan Rumah Hijau ini.

Modul 3 akan melatih peserta membuat katil tanaman yang dapat mengkhususkan
tanaman untuk
organik sahaja iaitu tidak terdedah atau tidak mengandungi bahan kimia. Bahan-bahan
yang digunakan adalah dari sumber asli dan juga bahan boleh reput.
(Dipetik daripada Modul Training of Trainers, EAC, 2008)
Sejauhmana Program ini Dapat Mencapai Objektif.
Mengikut perancangan asal, program rintis ini seharusnya berakhir pada bulan September
2008. Walau bagaimanapun, pelbagai kekangan (yang akan diperincikan nanti) telah
menghalang kejayaan program.
Setakat ini, hanya sehingga Modul Tiga (3) sahaja yang dapat dilaksanakan. Hal ini
bermakna terdapat 3 lagi modul yang tidak dapat disempurnakan iaitu:
Modul 4 :Penyemaian Benih
Modul 5 :Pemindahan Tanaman
Modul 6 :Penuaian Tanaman

Kekuatan Program

  • Membuka mata warga sekolah tentang kelebihan tanaman organik.
  • Memberikan kesedaran terhadap diri pelajar tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  • Kesemua peserta adalah pelajar asrama dan ini memudahkan kawalan.
  • Program telah mendapat perhatian masyarakat antarabangsa dan ini telah menarik
    minat pentadbir sekolah untuk terus menjayakan projek ini.

Punca yang Mengekang Pencapaian Objektif.

  • Masalah Kewangan.
    En.Low menyatakan bahawa kos projek telah meningkat ekoran peningkatan
    harga barang-barang hardware. Ini menyebabkan ada beberapa bahagian yang
    telah dikurangkan peruntukannya. En.Low juga memaklumkan bahawa sehingga
    tahap ini, beliau sudah menggunakan wangnya sendiri. Namun menurut beliau,
    masih ada beberapa peralatan seperti paip sistem penyiraman dan pili penyembur
    yang belum sempat dipasang (akan dipasang pada tahun hadapan).
  • Motivasi Peserta.
    Perjumpaan hanya boleh dilakukan pada hujung minggu iaitu semasa pelajar
    Sidang Pagi dan Sidang Petang dapat hadir bersama. Walau bagaimanapun,
    aktiviti kokurikulum sekolah adalah dijalankan pada waktu tersebut. Pada masa
    ini, pelajar juga terlibat dengan aktiviti keagamaan. En. Law dan Cikgu Roy juga
    mempunyai jadual kerja. Keadaan ini menyebabkan setiap kali perjumpaan, ada
    sahaja peserta yang tidak hadir.

Kesimpulannya, jadual aktiviti yang tidak tetap ini telah mengurangkan motivasi
peserta.

Harapan masa hadapan

Masalah ini sudah diutarakan kepada pentadbir sekolah. Perbincangan sudah dibuat dan
beberapa alternatif sudah diambil:

  • Memberikan penerangan yang lebih terperinci kepada pelajar agar setiap
    peserta benar-benar faham tentang kemahrian yang perlu dikuasai dalam
    semua modul. Ini membolehkan pelajar dapat menentukan jadual kerja sendiri.
    Berbanding sebelumnya, walaupun pelajar sudah diberikan penerangan dalam
    kelas selama dua sesi, namun ketika itu tahap pemahaman pelajar tidak
    memuaskan.Oleh itu, setiap sebelum bermulanya aktiviti pada hari perjumpaan, pelajar perlu menghadiri kelas semula dan diberikan penerangan yang terperinci. Ini sesuai
    dengan tahap penguasaan minda pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan
    Satu, Dua dan Empat.
  • Perkembangan psokologi dan kematangan pelajar pada tahap ini masih rendah
    dan memerlukan bimbingan yang lebih baik. Namun demikian, mereka sangat
    berminat untuk menerokai sesuatu pengetahuan baru. Hal ini adalah bersesuaian
    dengan Teori Pembelajaran Konstruktivsme.Teori Pembelajaran Konstruktivisme berasaskan kepada penglibatan aktif pelajar dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal tentang aktiviti pembelajaran yang relevan dan menarik. Pelajar membina pengetahuan sendiri dengan menjana idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman. Mengaitkannya dengan situasi baru, mencantum dan menambah maklumat baru dengan pembinaan intelektual sedia ada. Guru harus mengambil berat akan struktur kognitif sedia ada pelajar. Maklumat baru yang telah diolah akan disesuaikan dan menjadi sebahagian dari pelajar, maka kerangka baru ilmu
    pengetahuan dapat dibina. J. Bruner merupakan salah seorang tokoh teori pembelajaran konstruktivisme. Menurut Bruner, pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajar memilih dan
    mengubah maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada
    struktur kognitif untuk berbuat demikian.
    Teori pembelajaran terpaksa dikaitkan di sini kerana proses pendidikan pelajar
    tidak dapat mengelak proses-proses ini.Kesimpulannya, sebelum program, pelajar harus diberi penerangan tentang objektif program hari itu. Mereka juga harus diberi penerangan tentang teknik, langkah-langkah, sumber, kos dan sebagainya yang perlu, semasa kelas hari itu. Hal ini membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada mereka yang
    diperoleh daripada pembelajaran di bilik darjah, semasa melihat ibu bapa bekerja
    di rumah, atau melalui persekitaran mereka.Proses ini akan menghasilkan proses pembelajaran yang menyeronokkan danmenimbulkan kepuasan yang mendalam pada diri pelajar. Seterusnya parapeserta akan menjadi lebih bersemangat dan bermotivasi.
  • Pihak pentadbir sekolah yang baru amat menyokong program ini
    (berbanding pentadbir sebelumnya). Oleh itu, harapan projek ini untuk
    diteruskan pada tahun hadapan amat cerah.
  • Warga sekolah ternanti-nanti hasil (sayuran) projek ini!
    Pendapat Penyelaras Projek En Roy Eduardo
    Walaupun projek ini tidak mencapai objektif, namun pada pendapat saya ini bukan suatu
    kegagalan. Sebaliknya, saya telah menemui suatu bentuk baru teknik yang boleh
    digunakan oleh EAC (untuk sekolah yang lain pula) pada masa akan datang.
    Saya begitu komited untuk memastikan kejayaan projek ini seterusnya memastikan
    rancangan untuk membawa Datuk Menteri yang berkenaan untuk merasmikan projek ini
    akan dapat direalisasikan. Saya yakin projek ini akan menampakkan hasilnya sekitar
    bulan Mac tahun depan!!!

PROGRAM TRAINING OF TRAINERS : LAPORAN AKTIVITI (1)

Pengenalan
Modul Pertama ialah penyediaan baja Organik. Bahan yang diperlukan ialah seperti
berikut:
1. Tahi ayam terawat.
2. Scoop
3. Cangkul
4. Habuk padi
5. Sisa kebun
6. Tali rafia
7. Plastik hitam / plastik sampah
8. Paip (diameter 4 inci dan panjang 4 kaki)
9. Papan 4 kaki persegi (1 x 8 inci)
10. Penyiram dan air.
Ringkasan Aktiviti.
Bil Aktiviti Bulan
1. - MODUL SATU
- pemilihan peserta program oleh Cikgu Roy.
- Penerangan Teknik Penyediaan Baja Organik Sisa Kebun oleh Cik Helen
Erut.
- Perjumpaan harian peserta bermula setiap hari untuk mengumpul bahan
dan membuat baja organik.
* Perasmian Bulan Alam Sekitar * Pemanaman Pokok Cempaka
Februari
2. - Kuliah Asas Organik oleh Mr.Law
- Perjumpaan harian peserta bermula setiap hari untuk mengumpul bahan
dan membuat baja organik.
Mac
3. - Perjumpaan harian peserta bermula setiap hari untuk mengumpul bahan
dan membuat baja organik.
- Lawatan tapak projek oleh Mr.Law dan Cik Helen Erut
- Kuliah Pertanian Organik Oleh Mr.Law
April
4. - MODUL DUA
- Pembinaan asas Rumah Hijau
- Lawatan Pegawai Okinawa Jepun (Program Kitar Semula)
Mei
Kekuatan
1. Sokongan kuat daripada EAC.
2. Sumbangan dana RM7500.00 daripada EAC
3. Sumbangan dana daripada SMK Tamparuli
4. Keprofesionalisme yang ditunjukkan oleh Mr.Law
Kekangan.
1. Halangan birokrasi
2. Motivasi peserta
3. Cuaca
4. Kenaikan kos bahan
Cadangan Pembaikian
1. Selain sijil, berikan sesuatu yang lebih menarik kepada peserta supaya mereka
lebih berminat. Sebagai contoh, peserta yang cemerlang akan diberi peluang ke
Jepun.
2. Pentadbir perlu menghapuskan halangan birokrasi kerana melewatkan
pengurusan.
3. Peserta dibawa ke kebun yang sebenar dari semasa ke semasa supaya lebih
menghayati sesuatu aktiviti.
Penutup
Setakat ini, semua aktiviti secara keseluruhannya telah berjalan dengan lancar. Walau
bagaimanapun, kekangan yang telah digariskan seperti di atas harus diambil perhatian
demi menjamin kelancaran program.
Sekian.
Laporan disediakan oleh
..................................
(ROY EDUARDO)
Penyelaras Program

Penerimaan Cek Hadiah RM1500 oleh PK KOKUM di DKP 1 UMS. Gambar diambil pada 27 Januari 2007



  • Asrama telah banyak membantu sekolah dalam kerja-kerja keceriaan dan keindahan kawasan sekolah. Sumbangan mereka antara lain ialah membantu pasukan SERASI untuk memenangi Anugerah SERASI kategori Aktiviti Kesedaran Alam Sekitar Terbaik, pada tahun 2007.
  • Pada tahun 2008, sekolah sekali lagi terpilih ke peringkat WIRA SERASI, iaitu pertandingan antara sekolah-sekolah yang 'advance' dalam 'lanscaping' dan pernah menang dalam peringkat Anugerah SERASI. Tahniah kepada Pasukan SERASI dan sumbangan pihak asrama walaupun sekolah hanya mendapat saguhati dalam peringkat ini.
  • Wang ini telah digunakan untuk menampung sebahagian keperluan Tanaman Organik.

Puan Raineh Anting, PK HEM bersama pelajar-pelajar Tanaman Organik. Gambar diambil pada 03 MAC 2008














  • Info Sayuran Organik
    Aktiviti pelajar asrama.
    Bermula sejak September 2008.
    100% tanpa bahan kimia.
    100% tanpa racun perosak.
    Baja Organik (kompos) sahaja.
    Penjagaan yang mudah – Cuma pastikan air connected, tanpa risau rumput dan serangan perosak.

    Membantu sekolah memenangi Anugerah SERASI – Kategori Aktiviti Alam Sekitar Terbaik.

    Membantu sekolah memenangi Wira SERASI (saguhati).

    Hasil akan dijual untuk menjadi wang saku pelajar asrama yang terlibat (30% tabung).


Program Tution Asrama. Gambar diambil pada 30 Oktober 2007.












(sebahagian sahaja gambar yang dapat dimuatkan dalam blog ini. Ramai lagi guru yang tidak ada dalam gambar, termasuklah Puan Raineh Anting - PK Hem. Haraf maaf)

Program ini dinamakan sebagai Projek Gemilang Asrama 2007 yang dianjurkan oleh Biro Akademik (En. Roy Eduardo).
Program ini mendapat sambtan baik garipada guru-guru sekolah. Sebenarnya, guru-guru yang amat dedikasi ini meluangkan selama satu hingga dua jam pada waktu malam selama dua kali seminggu.
Mereka telah diberikan sijil penghargaan daripada pihak sekolah.

Perjumpaan Dengan Ibu Bapa. Gambar diambil pada 10 Januari 2007







Asrama Membantu Persediaan Sukan Sekolah. Gambar diambil pada 27 Januari 2009































Gotong-royong Asrama Membersihkan Kawasan Belakang Surau Pada 04 MAC 2007 - 4.00 pm