Modul II dan III
Modul 2 :Rumah Hijau
Semua pelajar atau peserta akan dilatih untuk menyediakan Rumah Hijau yang
bersumberkan 80% sumber asli. Rumah Hijau ini diperbuat menggunakan (80%) bahan
boleh reput iaitu kayu dan bambu. Peserta akan didedahkan tentang cara, corak,
keperluan dan kegunaan Rumah Hijau ini.
Semua pelajar atau peserta akan dilatih untuk menyediakan Rumah Hijau yang
bersumberkan 80% sumber asli. Rumah Hijau ini diperbuat menggunakan (80%) bahan
boleh reput iaitu kayu dan bambu. Peserta akan didedahkan tentang cara, corak,
keperluan dan kegunaan Rumah Hijau ini.
Modul 3 akan melatih peserta membuat katil tanaman yang dapat mengkhususkan
tanaman untuk
organik sahaja iaitu tidak terdedah atau tidak mengandungi bahan kimia. Bahan-bahan
yang digunakan adalah dari sumber asli dan juga bahan boleh reput.
(Dipetik daripada Modul Training of Trainers, EAC, 2008)
Sejauhmana Program ini Dapat Mencapai Objektif.
Mengikut perancangan asal, program rintis ini seharusnya berakhir pada bulan September
2008. Walau bagaimanapun, pelbagai kekangan (yang akan diperincikan nanti) telah
menghalang kejayaan program.
Setakat ini, hanya sehingga Modul Tiga (3) sahaja yang dapat dilaksanakan. Hal ini
bermakna terdapat 3 lagi modul yang tidak dapat disempurnakan iaitu:
Modul 4 :Penyemaian Benih
Modul 5 :Pemindahan Tanaman
Modul 6 :Penuaian Tanaman
Kekuatan Program
- Membuka mata warga sekolah tentang kelebihan tanaman organik.
- Memberikan kesedaran terhadap diri pelajar tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
- Kesemua peserta adalah pelajar asrama dan ini memudahkan kawalan.
- Program telah mendapat perhatian masyarakat antarabangsa dan ini telah menarik
minat pentadbir sekolah untuk terus menjayakan projek ini.
Punca yang Mengekang Pencapaian Objektif.
- Masalah Kewangan.
En.Low menyatakan bahawa kos projek telah meningkat ekoran peningkatan
harga barang-barang hardware. Ini menyebabkan ada beberapa bahagian yang
telah dikurangkan peruntukannya. En.Low juga memaklumkan bahawa sehingga
tahap ini, beliau sudah menggunakan wangnya sendiri. Namun menurut beliau,
masih ada beberapa peralatan seperti paip sistem penyiraman dan pili penyembur
yang belum sempat dipasang (akan dipasang pada tahun hadapan). - Motivasi Peserta.
Perjumpaan hanya boleh dilakukan pada hujung minggu iaitu semasa pelajar
Sidang Pagi dan Sidang Petang dapat hadir bersama. Walau bagaimanapun,
aktiviti kokurikulum sekolah adalah dijalankan pada waktu tersebut. Pada masa
ini, pelajar juga terlibat dengan aktiviti keagamaan. En. Law dan Cikgu Roy juga
mempunyai jadual kerja. Keadaan ini menyebabkan setiap kali perjumpaan, ada
sahaja peserta yang tidak hadir.
Kesimpulannya, jadual aktiviti yang tidak tetap ini telah mengurangkan motivasi
peserta.
Harapan masa hadapan
Masalah ini sudah diutarakan kepada pentadbir sekolah. Perbincangan sudah dibuat dan
beberapa alternatif sudah diambil:
- Memberikan penerangan yang lebih terperinci kepada pelajar agar setiap
peserta benar-benar faham tentang kemahrian yang perlu dikuasai dalam
semua modul. Ini membolehkan pelajar dapat menentukan jadual kerja sendiri.
Berbanding sebelumnya, walaupun pelajar sudah diberikan penerangan dalam
kelas selama dua sesi, namun ketika itu tahap pemahaman pelajar tidak
memuaskan.Oleh itu, setiap sebelum bermulanya aktiviti pada hari perjumpaan, pelajar perlu menghadiri kelas semula dan diberikan penerangan yang terperinci. Ini sesuai
dengan tahap penguasaan minda pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan
Satu, Dua dan Empat. - Perkembangan psokologi dan kematangan pelajar pada tahap ini masih rendah
dan memerlukan bimbingan yang lebih baik. Namun demikian, mereka sangat
berminat untuk menerokai sesuatu pengetahuan baru. Hal ini adalah bersesuaian
dengan Teori Pembelajaran Konstruktivsme.Teori Pembelajaran Konstruktivisme berasaskan kepada penglibatan aktif pelajar dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal tentang aktiviti pembelajaran yang relevan dan menarik. Pelajar membina pengetahuan sendiri dengan menjana idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman. Mengaitkannya dengan situasi baru, mencantum dan menambah maklumat baru dengan pembinaan intelektual sedia ada. Guru harus mengambil berat akan struktur kognitif sedia ada pelajar. Maklumat baru yang telah diolah akan disesuaikan dan menjadi sebahagian dari pelajar, maka kerangka baru ilmu
pengetahuan dapat dibina. J. Bruner merupakan salah seorang tokoh teori pembelajaran konstruktivisme. Menurut Bruner, pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajar memilih dan
mengubah maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada
struktur kognitif untuk berbuat demikian.
Teori pembelajaran terpaksa dikaitkan di sini kerana proses pendidikan pelajar
tidak dapat mengelak proses-proses ini.Kesimpulannya, sebelum program, pelajar harus diberi penerangan tentang objektif program hari itu. Mereka juga harus diberi penerangan tentang teknik, langkah-langkah, sumber, kos dan sebagainya yang perlu, semasa kelas hari itu. Hal ini membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada mereka yang
diperoleh daripada pembelajaran di bilik darjah, semasa melihat ibu bapa bekerja
di rumah, atau melalui persekitaran mereka.Proses ini akan menghasilkan proses pembelajaran yang menyeronokkan danmenimbulkan kepuasan yang mendalam pada diri pelajar. Seterusnya parapeserta akan menjadi lebih bersemangat dan bermotivasi. - Pihak pentadbir sekolah yang baru amat menyokong program ini
(berbanding pentadbir sebelumnya). Oleh itu, harapan projek ini untuk
diteruskan pada tahun hadapan amat cerah. - Warga sekolah ternanti-nanti hasil (sayuran) projek ini!
Pendapat Penyelaras Projek En Roy Eduardo
Walaupun projek ini tidak mencapai objektif, namun pada pendapat saya ini bukan suatu
kegagalan. Sebaliknya, saya telah menemui suatu bentuk baru teknik yang boleh
digunakan oleh EAC (untuk sekolah yang lain pula) pada masa akan datang.
Saya begitu komited untuk memastikan kejayaan projek ini seterusnya memastikan
rancangan untuk membawa Datuk Menteri yang berkenaan untuk merasmikan projek ini
akan dapat direalisasikan. Saya yakin projek ini akan menampakkan hasilnya sekitar
bulan Mac tahun depan!!!